BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 3 Disember 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAJUK: BERSUCI DARIPADA NAJIS

·         Mata pelajaran : Pendidikan Islam ( Ibadah)

·         Tajuk    : Bersuci Daripada Najis

·         Tarikh: 14/11/2011

·          Hari:  Isnin

·         Masa : 10.15 – 11.15

·         Kelas : 4 Firdaus

·         Bilangan Murid : 20 Orang

·         Objektif:
            Pada akhir pembelajaran murid dapat :
           1. Menerangkan pengertian najis dengan betul.
           2. Menyatakan 3 jenis najis beserta contoh dengan betul.
           3. Menyenaraikan 5 contoh  alat-alat bersuci dengan betul.
           4. Menunjuk cara bersuci daripada najis dengan betul.

·         Objektif KBKK:  Murid dapat membezakan  jenis-jenis najis dan cara menyucikannya.

·         Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyucikan najis

·         Penyerapan Ilmu : Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Sivik.

·         Penerapan Nilai: Menjaga kebersihan, bersyukur, bekerjasama dan tolong menolong.

·         Sumber/Bahan Bantu Mengajar : Kad perkataan, Kad gambar, Komputer riba, Slide    
                                                         PowerPoint, Papan Putih dan Bahan maujud.


Langkah/Masa/
Isi Pelajaran

Aktiviti  Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan /BBM / Nilai
Aktiviti Guru

Aktiviti Murid


Permulaan
Bacaan Doa
( 2  Minit )

Guru meminta murid membaca doa

Murid membaca doa

·         bersyukur

Set Induksi
( 3  Minit )
·         Tanah lumpur

-       Guru menunjukkan bekas yang mengandungi beberapa kepal tanah lumpur dan bersoal jawab.
1.    Apakah yang terdapat di dalam bekas ini?
2.    Adakah tanah lumpur itu kotor?
3.    Adakah semua benda kotor itu najis?
-       Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
-       Murid melihat bekas yang mengandungi tanah  lumpur.

-        Murid menjawab soalan guru.
·         Bahan maujud: Tanah lumpur



Langkah 1
( 6  minit )

Isi Pelajaran :
·         Pengertian Najis:
Najis ialah benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.
·         Jenis Najis:
4.    Mukhaffah
5.    Mutawassitah
6.    Mughallazoh
·         Contoh-Contoh Najis Mengikut Bahagian :
-       Mukhaffah:
*Air kencing kanak-kanak lelaki berumur tidak lebih dua tahun yang hanya minum susu ibu.
-       Mutawassitah:
*Tahi, arak, muntah, dan darah.
-       Mughalazoh:
*Anjing dan babi







·         Gambar najis:
1.    Air kencing kanak-kanak lelaki.
2.    Tahi.
3.    Arak
4.    Muntah.
5.    Darah.
6.    Anjing.
7.    Babi.


-       Guru menayangkan slide PowerPoint  di hadapan kelas.
-       Murid diminta membaca kandungan slide secara  kelas, kumpulan dan individu.
-       Guru menerangkan isi kandungan slide.










-       Murid melihat slide yang dipaparkan.
-       Murid membaca paparan slide secara kelas kumpulan dan individu.
-       Murid mendengar penerangan guru.











·         Slide Power Point

·         Bekerjasama





·         Tolong-menolong












Langkah 2
( 5 minit )
Isi Pelajaran:
Gambar najis mengikut bahagiannya.
·         Najis Mukhaffafah
-Gambar air kencing kanak-kanak lelaki.
·         Najis Mutawassitah
-Gambar tahi, darah, arak  dan  muntah
·         Najis Mughallazoh
-Gambar anjing dan babi

-       Guru membahagikan kelas kepada 3 kumpulan:
·         Bersih
·         Cekap
·         Amanah
-       Guru meminta murid menampal gambar najis mengikut bahagiannya pada papan putih.

-       Murid berada dalam 3 kumpulan:
·         Bersih
·         Cekap
·         Amanah

-       Murid menampal gambar najis mengikut bahagian pada papan putih.


·         Bekerjasama

·         Tolong-menolong

·         Kad gambar

·         Kad perkataan

·         Papan putih

Langkah 3
( 5 minit )
Isi pelajaran:
Gambar alat-alat bersuci:
·         Air mutlak
·         Tanah
·         Batu
·         Kain
·         Daun

Cara menyucikan Najis:
·         Mukhaffafah:
-Lap najis dengan kain kering
-Renjiskan air mutlak ke atasnya.
-Lap hingga kering.

·         Mutawassitah:
-Buang najis itu
-Cuci tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau dan rasanya.

-       Guru menayangkan slide gambar alat-alat bersuci.
-       Guru memberi penerangan tentang alat-alat yang boleh digunakan untuk bersuci.

-       Guru menunjukkan slide cara-cara menyucikan najis sambil memberi penerangan.    

-       Murid melihat gambar alat-alat bersuci pada slide sambil mendengar penerangan guru.





-       Murid melihat paparan slide sambil mendengar penerangan guru.


·         Slide PowerPoint

·         Tekun








·         Slide Powerpoint


·         Sabar

Langkah 4
(7 minit  )

Isi pelajaran:
Cara Menyucikan Najis:
·         Mukhaffafah
·         Mutawassitah

-       Guru menunjukkan cara menyucikan najis mukhaffafah dan mutawassitah


-       Guru meminta beberapa orang murid menunjuk semula cara menyucikan najis .  

-       Murid memerhati demonstrasi guru.




-       Murid menunjukkan semula cara-cara menyucikan najis mukhaffafah dan mutawassitah. 

·         Bekerjasama


·         Bahan Maujud:
-Air mutlak
-Kain tuala

Penutup
(3  minit)

Bahagian najis dan contoh:
·         Mukhaffafah:
-Air kencing kanak-kanak lelaki.

·         Mutawassitah:  
-Tahi
-Muntah
-darah
-Arak  



-       Guru  merumuskan pelajaran dengan meminta murid-murid menyebut semula bahagian najis beserta contohnya secara kelas, kumpulan dan individu.

-       Murid menyebut semula bahagian najis dan contohnya secara kelas kumpulan dan individu.

·         Bekerjasama


·         Tolong-menolong

0 ulasan: