Selasa, 13 Disember 2011
SEKAPUR SIREH
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T , kerana dengan keizinannya dapat juga saya menyiapkan laman blog saya ini, walaupun tidak sehebat blog sahabat-sahabat yang lain. Sekarang saya sudah tahu fungsi blog yang sebenarnya dan saya akan cuba membuat penambahbaikkan blog saya ini dari semasa ke semasa. Sokongan daripada rakan-rakan amat diperlukan. Bersama-sama kita berjuang meningkatkan profesion keguruan ke persana dunia dengan mengaplikasikan segala kecanggihan ICT dalam P&P kita secara optimum.
Sabtu, 3 Disember 2011
CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS MENGIKUT BAHAGIAN
1. CARA MENYUCIKAN NAJIS MUQAFFAFAH:
i. Lap najis dengan kain kering.
ii. Renjiskan air mutlak ke tempat yang terkena najis.
iii. Lap hingga kering
2. CARA MENYUCIKAN NAJIS MUTAWASSITAH:
i. Buang najis itu
ii Basuh tempat yang terkena najis hingga hilang bau, warna dan rasa.
3. CARA MENYUCIKAN NAJIS MUGHALLAZOH:
i. Buang najis itu.
ii.Basuh sekali dengan air yang bercampur tanah dan enam kali dengan air mutlak.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAJUK: BERSUCI DARIPADA NAJIS
Langkah/Masa/ Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | Catatan /BBM / Nilai | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | ||
Permulaan Bacaan Doa ( 2 Minit ) | Guru meminta murid membaca doa | Murid membaca doa | · bersyukur |
Set Induksi ( 3 Minit ) · Tanah lumpur | - Guru menunjukkan bekas yang mengandungi beberapa kepal tanah lumpur dan bersoal jawab. 1. Apakah yang terdapat di dalam bekas ini? 2. Adakah tanah lumpur itu kotor? 3. Adakah semua benda kotor itu najis? - Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran. | - Murid melihat bekas yang mengandungi tanah lumpur. - Murid menjawab soalan guru. | · Bahan maujud: Tanah lumpur |
Langkah 1 ( 6 minit ) Isi Pelajaran : · Pengertian Najis: Najis ialah benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah. · Jenis Najis: 4. Mukhaffah 5. Mutawassitah 6. Mughallazoh · Contoh-Contoh Najis Mengikut Bahagian : - Mukhaffah: *Air kencing kanak-kanak lelaki berumur tidak lebih dua tahun yang hanya minum susu ibu. - Mutawassitah: *Tahi, arak, muntah, dan darah. - Mughalazoh: *Anjing dan babi · Gambar najis: 1. Air kencing kanak-kanak lelaki. 2. Tahi. 3. Arak 4. Muntah. 5. Darah. 6. Anjing. 7. Babi. | - Guru menayangkan slide PowerPoint di hadapan kelas. - Murid diminta membaca kandungan slide secara kelas, kumpulan dan individu. - Guru menerangkan isi kandungan slide. | - Murid melihat slide yang dipaparkan. - Murid membaca paparan slide secara kelas kumpulan dan individu. - Murid mendengar penerangan guru. | · Slide Power Point · Bekerjasama · Tolong-menolong |
Langkah 2 ( 5 minit ) Isi Pelajaran: Gambar najis mengikut bahagiannya. · Najis Mukhaffafah -Gambar air kencing kanak-kanak lelaki. · Najis Mutawassitah -Gambar tahi, darah, arak dan muntah · Najis Mughallazoh -Gambar anjing dan babi | - Guru membahagikan kelas kepada 3 kumpulan: · Bersih · Cekap · Amanah - Guru meminta murid menampal gambar najis mengikut bahagiannya pada papan putih. | - Murid berada dalam 3 kumpulan: · Bersih · Cekap · Amanah - Murid menampal gambar najis mengikut bahagian pada papan putih. | · Bekerjasama · Tolong-menolong · Kad gambar · Kad perkataan · Papan putih |
Langkah 3 ( 5 minit ) Isi pelajaran: Gambar alat-alat bersuci: · Air mutlak · Tanah · Batu · Kain · Daun Cara menyucikan Najis: · Mukhaffafah: -Lap najis dengan kain kering -Renjiskan air mutlak ke atasnya. -Lap hingga kering. · Mutawassitah: -Buang najis itu -Cuci tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau dan rasanya. | - Guru menayangkan slide gambar alat-alat bersuci. - Guru memberi penerangan tentang alat-alat yang boleh digunakan untuk bersuci. - Guru menunjukkan slide cara-cara menyucikan najis sambil memberi penerangan. | - Murid melihat gambar alat-alat bersuci pada slide sambil mendengar penerangan guru. - Murid melihat paparan slide sambil mendengar penerangan guru. | · Slide PowerPoint · Tekun · Slide Powerpoint · Sabar |
Langkah 4 (7 minit ) Isi pelajaran: Cara Menyucikan Najis: · Mukhaffafah · Mutawassitah | - Guru menunjukkan cara menyucikan najis mukhaffafah dan mutawassitah - Guru meminta beberapa orang murid menunjuk semula cara menyucikan najis . | - Murid memerhati demonstrasi guru. - Murid menunjukkan semula cara-cara menyucikan najis mukhaffafah dan mutawassitah. | · Bekerjasama · Bahan Maujud: -Air mutlak -Kain tuala |
Penutup (3 minit) Bahagian najis dan contoh: · Mukhaffafah: -Air kencing kanak-kanak lelaki. · Mutawassitah: -Tahi -Muntah -darah -Arak | - Guru merumuskan pelajaran dengan meminta murid-murid menyebut semula bahagian najis beserta contohnya secara kelas, kumpulan dan individu. | - Murid menyebut semula bahagian najis dan contohnya secara kelas kumpulan dan individu. | · Bekerjasama · Tolong-menolong |